CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Saturday, August 10, 2013

Kenangan 2 - RESULT SPM


Assalamualaikum w.b.t.

kali ini aku akan membawakan kenangan aku yang seterusnya semasa ambik result SPM..

wahhh, satu kenangan yang semua pelajar lepasan SPM takkan lupa tau..

ada yang gembira, menangis, teruja, menjerit dan banyak lah lagi..
aku dalam kategori gembira, terharu, menjerit dan melompat.. hehe


pada 21/3/2013, tarikh yang amat menggerunkan untuk semua pelajar lepasan SPM kerana tarikh ini merupakan tarikh rasmi keputusan peperiksan SPM tahun 2012 dikeluarkan..
semua orang menantikan saat ini.. setelah 5 tahun berhempas pulas untuk mendapatkan keputusan yang baik, nahhh, ini lah masanya untuk saksikannya sendiri..


alhamdulillah, aku rasa bersyukur pada Allah SWT kerana aku telah mendapat keputusan yang cemerlang.. syukur sangat-2 pada Allah SWT..
bagi aku itu adalah satu pencapaian yang baik bagi aku sebab sebelum ini aku asyik dok kutip G(paling maksimum 3, paling minimum 1 pernah aku dapat, hehe).. pastu kutip A(paling maksimum 2, paling minimum 1 jer pernah aku dapat, hehe)..
eh, cakap banyak plak aku nie.. hehe.. nie jer result aku.. 2A 2A- 2B+ 2C 1D 1E(4A 2B 2C 1D 1E).. aku ambik 10 subjek, sepatutnya 9 subjek ja tapi dah aku ambik subjek tambahan satu so jadi lah 10 subjek kesemuanya.. hehe
hebatkan aku?? semuanya aku kutip, dari A sampai ke E.. nasib baik lah tak kutip G, kalau tidak sia sia ja aku jawab penat-2 dalam dewan peperiksaan tu.. hehe


subjek yang aku dapat D dan E tu subjek yang paling aku tak suka tapi nak buat macam mana, dah tak boleh drop so kena ambik lah juga kan.. nasib baik dapat D dan E kalau sebelum nie asyik dapat G jer.. hehe.. nampak tak?? betapa rajinnya aku pulun study untuk nak pastikan aku dapat lulus dua subjek tu..
nasib baik lah penat dan lelah aku berjaya memperoleh hasil yang memuaskan.. hehe
apa yang A,B,C,D,E tu biar lah rahsia.. hehe
masa ambik result tu, aku lah orang pertama yang pi ambik sekali dan melompat kegembiraan depan meja guru tu sebabnya aku tak dak GAGAL, LULUS kesemuanya dan dapat 4A.. hehe.. syok sangat kot..
bila aku dah melompat kegembiraan macam tu, semua kawan aku dok kalut nak ambik slip keputusan aku nak tengok.. sibuk jer diorang nie.. hehe
apa-2 pun, ini merupakan satu kenangan yang menarik buat aku.. walaupun aku sibuk dengan tugas Ketua Pengawas, sibuk dengan masalah-2 lain, sibuk dengan nak study lagi tapi aku berjaya peroleh keputusan yang baik.. hehe


ini adalah satu pesanan buat semua adik-2 yang bakal menghadapi PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELEPAS RAYA dan bakal menghadapi PEPERIKSAAN SEBENAR SPM nanti.. buat lah dengan sehabis baik.. selepas saja tamat satu subjek, jangan lah dok tanya kawan-2 apa yang diorang jawab, adakah sama ataupun tidak.. tawakal jer pada Allah SWT.. inshallah, anda semua tidak akan berasa tenang jer jika bertawakal pada Allah SWT..
satu lagi, jadikan satu benda untuk jadikan sebagai perangsang untuk membangkitkan semangat adik-2 tu.. macam abang dulu, sebab masa PMR, abang dapat result yang biasa-2 jer tak gempak jadi abang gunakan ini sebagai perangsang untuk abang bangkit dan dapatkan result yang elok, baik dan GEMPAK di SPM.. abang dulu masa di PMR tak dak A langsung, hanya ada B dan C jer.. tapi di SPM abang berusaha bersungguh-2 dan hasilnya abang dapat result yang baik..
satu lagi, jangan abaikan kedua ibu bapa adik, hormat mereka, ikut cakap mereka.. guru-2 adik pun sama, hormat juga.. jangan hormat pada guru yang pernah mengajar adik-2 jer tapi hormatlah kesemua guru-2 adik walaupun diorang tak ajak adik-2..
akhir sekali, buat lah satu study group.. group nie jangan lah plak cari group yang menyembang tapi tangan tak berjalan maksudnya kerja bersembang ja sampai semua kerja perbincangan tak dibuat, tu maksud abang..
cari lah orang yang pandai dalam subjek-2 tertentu kemudian tubuhkan satu group.. cukup lah hanya 5 ke 6 orang jer.. jangan lah terlampau ramai, bila terlampau ramai, kerja takkan berjalan, serius abang cakap..
dalam group tu jangan dok kerja nak siapkan perbincangan jer, cuba tanya betul-2 dan ajar bagi paham kalau ada kawan-2 yang bermasalah tu.. pastu, jangan lah serius jer sentiasa, bersembang lah juga, gelak-2 lah juga.. itu lah taktik untuk menghilangkan stress dan tekanan..
apa-2 pun, abang nak ucapkan GOODLUCK untuk adik-2 semua.. semoga berjaya..


Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..


ALWAYS HAPPY & DON'T BE SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...