CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Saturday, August 10, 2013

Kenangan 1 - Pengawas Sekolah

Assalamualaikum w.b.t.
wahhh, dah lama kan akusorry lah, aku agak buzy selepas tamat SPM pada 6/12/2012 tu..
aku terus bekerja di kilang, kemudian terus masuk PLKN, kemudian terus masuk Matrikulasi plak.. tu yang tak sempat.. sorry lah noh.. hehe

baik lah, kali ini, aku akan membawa kenangan aku di dalam Pengawas Sekolah selama 4 tahun berturut-2.. banyak sangat kenangan aku di dalam pengawas nie.. ada yang suka dan ada yang tak suka.. tapi, bila dah habis sekolah nie, rasa rindu plak.. hehe


Guru Pengawas Sekolah di SMK PUTRA Kangar Perlis telah memberikan satu kepercayaan kepada diriku sepanjang aku berada di sekolah itu untuk 5 tahun.. semasa aku di Tingkatan 1(tahun 2008), aku telah terpilih untuk dijadikan Calon Pengawas dimana tugas kami semua ini kena melakukan 20% tugas-2 pengawas yang dilakukan.. untuk apa?? untuk melihat kemampuan kami semua, adakah boleh buat tugas pengawas ataupun tidak.. alhamdulillah, di penghujung tahun tersebut, senarai nama Calon yag layak dijadikan pengawas dan nama pengawas yang dikekalkan telah ditampal.. OK !! seronok sangat dapat jadi pengawas tapi dalam masa yang sama rasa tak seronok juga sebabnya kalau boleh tu tak nak dah jadi pengawas, nak jadi pelajar biasa jer sebab di sekolah rendah pun 4 tahun berturut-2 aku jadi pengawas.. hehe



aku di Tingkatan 2(tahun 2009), wahh, satu cabaran juga lah sebabnya masa di sekoah rendah senang jer nak kawal pelajar tapi bila sekolah menengah memerlukan menggunakan suara yang kuat tapi bukannya dengan kekerasan.. baru lah mereka semua akan ikut arahan kalau tidak jangan harap lah.. hehe.. mula dari situ lah, semua orang mengenali aku dengan nada suara yang kuat menyebabkan semua pelajar boleh dengar aku bila tempik suruh pelajar beratur.. hehe

aku di Tingkatan 3(tahun 2010), tahun nie, aku pernah minta untuk letak jawatan dengan kawan-2 pengawas yang lain TAPI SEMUANYA DITENDANG MENTAH-2 beb.. rasa nak nangis jer sebabnya tugas pengawas nie bukannya mudah tapi susah.. sabar jer lah.. hehe.. aku di Tingkatan 4(tahun 2011).. FUHHHH !! tahun nie lah tahun yang aku paling banyak diuji/cabaran/dugaan yang berikan oleh-Nya kepadaku sangat lah berat tetapi alhamdulillah, berkata dari doa aku dan kawan-2 aku, aku dapat menempuhya satu demi satu walaupun nak tempuh satu-2 tu memerlukan kesabaran yang memang amat tinggi sekali.. tahun nie aku telah dilantik menjadi Penolong Ketua Pengawas 2(PKP2)..





aku di Tingkatan 5(tahun 2012).. tahun yang lagi berat buat aku sebabnya aku telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah ataupun Ketua Pelajar.. haishh, lagi lah teruk dan berat kerja aku.. dengan mana nak SPM lagi, nak buat tugas pengawas lagi.. sampaikan aku terpaksa kena bahagikan masa aku dengan betul-2 agaraku dapat fokus juga pada pelajaran aku.. dah lah banyak ketinggalan semasa di tingkatan 4.. akhirnya aku dapat juga lakukannya dengan baik menyebabkan banyak cikgu-2 puji apa yang langkah-2 aku buat untuk memantapkan disiplin pelajar dan pengawas.. nasib baik lah kawan-2 pengawas aku yang lain memberikan komitmen 100% juga.. kalau aku sorang-2 ja, tak jadi juga, betul dak??

DI SETIAP TEPI PERENGGAN TU, TERDAPAT BEBERAPA KEPING GAMBAR SEMASA JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2012.. UNTUK GAMBAR YANG PENUH BOLEH LAH KE SINI

semua PAHIT dan MANIS aku bersama dengan Pengawas sekolah akan aku simpan dalam diri aku nie buat selama-2nya.. ini lah kenangan yang paling menarik sepanjang aku berada di sekolah dimana dari sekolah rendah lah semasa aku darjah 3 lagi aku sudah menjadi pengawas sekolah sehinggalah darjah 6 dan aku diangkat menjadi Ketua Pengawas Sekolah.. kemudian aku memasuki ke alam persekolahan sekolah menengah.. dari Tingkatan 2 sehinggalah ke Tingkatan 5 aku menjadi pengawas sekolah sekaligus aku diangkat sekali lagi menjadi Ketua Pengawas Sekolah.. jumlah kesemuannya 8 kali menjadi pengawas sekolah, 2 kali menjadi Ketua Pengawas Sekolah dimana 4 kali berturut-2 di sekolah rendah dan 4 kali berturut-2 di sekolah menengah.. satu kali menjadi Ketua Pengawas Sekolah di sekolah rendah dan satu kali menjadi Ketua Pengawas Sekolah di sekolah menengah.. ini lah satu kenangan yang sangat menarik buat diriku.. terima kasih pada semua guru di SK PUTRA Kangar Perlis dan semua guru di SMK PUTRA Kangar Perlis kerana mempercayai pada diriku dan kebolehan yang ada pada diriku ini..


Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T BE SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...