CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Wednesday, December 12, 2012

Konsert Idola Kecil 5(Minggu Kelima)

Assalamualaikum w.b.t.
maaf lambat update sedikit post ini..
selepas saja tamat Peperiksaan SPM Ekonomi Asas pada 6/12/2012 yang lalu terus saja aku pergi ke KL kerana ada kenduri sepupu di sana pada hari Sabtu dan Ahad..

walaubagaimanapun, aku masih lagi mengikuti Konsert Idola Kecil 5(Minggu Kelima) pada hari Sabtu yang lalu.. tema minggu kali ini ialah OST Drama atau Filem..
WOW !! best tu tema tu.. apa-2 pun aku masih lagi puji Idola Kecil 4 yang musim lalu membuat tema ini sebabnya semuanya dapat membuatkan dengan yang terbaik sekali berbanding tahun ini..
apa-2 pun masih ada yang buat terbaik sekali untuk musim ini..
THE BEST PERFORMANCE ARE FARRA AND DARLING..
aku puji mereka berdua untuk hari Konsert yang lalu sebabnya best sangat-2..

kita telah menyaksikan Izwan menjadi peserta ketiga tersingkir.. nampaknya, hanya 95% jer carta aku betul dengan carta juri.. aku target MARSHA, IZWAN dan WANA bottom three tetapi malam itu MARSHA, IZWAN dan ZUL bottom three.. hehe.. nama pun carta saja.. mungkin betul dan mungkin salah..
pada awal rancangan, mereka telah membuat sebuah drama iaitu drama Ali Setan kalau tak silap nama tajuknya.. ini persembahan mereka berserta dengan nyanyian Wajah Rahsia Hati..




baik lah, ini adalah carta aku.. nombor 1 adalah yang paling terbaik dan diikuti dengan seterusnya..
oh ya, aku suka minggu ini mereka menjemput Fauziah Dato Ahmad Daud menjadi juri sebabnya komen-2 dia amat bernas sekali dan tepat.. tiada ayat-2 perlu dilapik sebabnya benda itu memang benda betul..

1) Farra - Wujud



2) Darling - Harapan



Komen Kak Ogy Untuk Persembahan Farra dan Darling



3) Tisyia - Angkasa



4) Zul - Butterfly



5) Aina - Ombak Rindu



Bottom three yang tidak dapat melaksanakan tema ini dengan baik.. ini sekadar carta aku saja.. jangan terlalu percaya.. ini berdasarkan apa yang aku dengar dan lihat persembahan mereka..

6) Marsha - Bila Aku Jatuh Cinta



7) Ben - Babak Cinta



8) Wana - Tentang Rasa



ini adalah persembahan terakhir daripada Izwan iaitu lagu Idola.. apa-2 pun, lagu ini amat sesuai dengan suara Izwan.. dia nyanyi lagi best+gempak untuk persembahan kali ini.. takpe lah Izwan, mungkin bukan rezeki Izwan untuk sampai ke Final..

Izwan - Idola


nampaknya carta aku kali ini berubah sedikit lah berbanding minggu lepas punya.. hehe

tema minggu depan ialah TEMA ROCK.. tak tahu lah sama ada mereka dapat membawanya dengan baik ataupun tidak..

minta-2 lah mereka dapat buat dengan terbaik untuk TEMA ROCK itu..

terima kasih juga kepada Nizzam JB kerana mengupload video yang berkualiti lagi sekali.. teruskan usaha anda itu untuk upload video yang berkualiti.. 



Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...