CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Sunday, December 2, 2012

Konsert Idola Kecil 5(Minggu Keempat)

Assalamualaikum w.b.t.
haaaa, lamanya tak update bog kan..
mesti orang yang selalu buka blog aku nie akan tengok benda yang sama saja, tiada perubahan langsung.. haha
nak buat macam mana, dok fokus pada exam SPM.. actually, tak habis lagi pun exam nie, ada satu lagi paper pada 6/12/2012 iaitu Ekonomi Asas.. haishh, lambatnya nak habis.. hari terakhir plak tu kami semua habis.. hehe
saja nak update blog sebabnya rindu sangat nak update blog.. hehe

semalam(1/12/2012) telah berlangsungnya Konsert Idola Kecil 5 Minggu Keempat.. tahun nie aku mengikuti Idola Kecil 5 nie dari minggu pertama.. macam tahun lepas, minggu kelima baru aku ikuti, jadi terpaksa tengok di TonTon.. hehe

kita telah saksikan An-Nur peserta kedua meninggalkan Idola Kecil 5 selepas Haikal.. Minggu Keempat nie temanya Dansa.. pada pendapat aku lah kan, tema Dansa nie ada dua tiga orang peserta saja yang boleh buat betul-betul, yang lain macam tak boleh sangat.. kalau ikutkan, aku rasa tak patut disingkirkan mereka pada minggu depan kerana tema nie memang tak sesuai langsung dengan mereka.. serious aku cakap.. aku jadi kesian plak tengok diorang menyanyi, sampai semput-semput, tak fokus sebabnya asyik dok fikir tarian..
nie adalah carta aku untuk Minggu Keempat nie.. nombor 1 adalah yang paling terbaik dan diikuti yang seterusnya..

1) Tisyia - Makhluk Tuhan Paling Seksi



2) Darling - Hey Ladies



3) Aina - Menari Denganku



4) Ben - Joget Lambak



5) Farra - Ku Bahagia



6) Zul - Mentera Semerah Padi



Bottom three yang aku rasa diorang tak boleh bawa tema Dansa ini dengan baik

7) Marsha - Ilusi



8) Izwan - Separuh Masa



9) Wana - Kasanova



sebenarnya mereka bertiga nie boleh buat yang terbaik seperti Marsha minggu lepas menyanyikan lagu Awan Nano, sangat lah best sekali.. Wana yang menyanyikan lagu Ku Menunggu pada minggu lepas dan Izwan yang menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang pada minggu kedua..
tapi tema minggu Dansa ini sangat lah tidak sesuai untuk mereka..
mesti nanti ramai yang kata, kenapa letak Wana last sedangkan dia best.. yups, memang dia best tapi lagu dia tu rancak, cara dia menyanyi lembut sangat, tak nampak garangnya.. sepatutnya dia kena kasarkan sedikit suara dia tu, baru nampak sesuai lagu itu dengan dia..
Izwan plak kan, aku rasa macam suara dia dah pecah sikit lah sebabnya minggu nie suara dia macam lain sedikit lah, tak macam suara sebelum-sebelum minggu nie.. tak tau la kot perasaan aku ja kot.. hehe
Marsha plak, aku rasa lagu nie tak sesuai untuk dia sebabnya bila dengar macam dia malas ja nak menyanyi.. aku pernah tengok dia nyanyi lagi best dari minggu nie..

terima kasih kepada user youtube Nizzam JB kerana upload video yang kualiti punya.. teruskan upload yer video kualiti anda itu..


Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...