CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Thursday, May 31, 2012

Cuti Sekolah~~Hospital

Assalamualaikum w.b.t
lama kita tidak berjumpa kembali di blog ini kan..
mesty orang yang selalu melawat blog ini akan kata, blog ini dah macam tak aktif kan??
sorry lah yer, agak sedikit buzy lah tahun nie sehinggakan tak sempat nak update..
dari bulan 4 tu aku tak update.. sekarang dah nak abis bulan 5 dah pun.. hehe

sebelum itu.. layan lah video klip ini dulu.. aku selalu layan video klip nie..
aku suka sangat-sangat dengar sebabnya rasa seronok tengok diorang berdua nie menyanyi..
nak tergelak(senyum-senyum biasa) jer bila tengok diorang nyanyi sebabnya best kot..
nie ha video klipnya..
best kan tengok diorang nie nyanyi.. hehe :)

macam title di atas.. cuti sekolah dua minggu nie, aku rasa macam tak cuti jer sebabnya kerja-kerja yang diberikan, perghhh, macam bagi untuk sebulan punya..
apa-apa pun, daripada 6 kerja yang diberikan, aku berjaya menyiapkan 3 daripadanya..
hanya tinggal lagi 3 lagi kerja yang perlu dibuat..
aku saja buat bagi cepat habis sebabnya, masa cuti sekolah yang minggu kedua, aku nak dok rehat jer sebabnya aku teringin juga nak jadi macam budak-budak lain, boleh dok rehat jer cuti nie sampaikan diorang gtau yang diorang jadi boring pula bila dah tak dak kerja.. HAHA

oh ya, pada cuti sekolah minggu pertama nie.. aku rasakan hospital tu dah macam rumah kedua aku pula sebabnya minggu pertama cuti nie jer dah sampai berapa banyak kali aku pergi hospital..
bukannya aku yang sakit yer, jangan salah anggap pula..
aku pergi sebabnya aku pergi melawat kawan aku yang dok kt hospital tu..

26/5/2012(SABTU) - lepas saja pergi kelas tambahan kat sekolah, terus pergi kenduri kawan aku then terus pergi hospital pula sebabnya tengok kawan aku dok kat hospital tapi dia belum lagi lah operate masa tu.. macam mana yer aku nak sebut tempat yang dia patah tu, susah sangat nak explain.. HAHA, bukan aku sorang jer.. ada lagi kawan-kawan aku yang lain..

29/5/2012(SELASA) - aku dengan beberapa kawan aku pergi pula hospital sebab pada 28/5/2012 tu kawan aku nie dah operate.. oh noooo!! besi tertanam terus kot dalam badan dia.. eeee, gerun aku tengok tempat yang dia kena tu.. waktu tu darah tempat dia tu tak kering lagi.. jadi nampak lah dengan jelas tempat yang dia kena operate tu.. hmmm..
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR(SEBELU
M
PEMBEDAHAN)

AKU DOAKAN SEMOGA CEPAT SEMBUH YER KHAIRUL NAIM !!!

29/5/2012(SELASA) - pada hari yang sama juga, adik angkat yang pertama juga dimasukkan ke hospital sebabnya dia nak kena tembak lazer kot kat dia punya tonsil.. eee, yang nie lagi aku gerun dengar.. aku pergi lah melawat dia, waktu masa aku p melawat tu, acece, dia dok boleh gelak-gelak lagi, dok mesej-mesej lagi.. haha, punya lah happy kan dia tu.. rasa macam syok pula layan dia.. kawan-kawan aku pun ikut lah sekali sebabnya diorang pun kenal..

30/5/2012(RABU) - pada pukul 8 pagi adik angkat aku telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan dan pukul 9 pagi kot baru laksanakannya dan kul 11.30 macam tu baru dia keluar dari bilik pembedahan.. ntah lah, aku pun kurang dengar sangat wk2 tu apa yang kak dia gtau.. hehe.. aku masuk bilik tu, dia nampak-nampak aku, dia gtau jangan dok tangkap gambar dia sebabnya dia tak mau gambar dia sedemikian rupa.. tak pe, aku mengerti sebabnya aku sendiri yang tengok pun, aku rasa kesian sangat-sangat.. tak pernah lagi aku tengok dia kuyu macam tu sekali.. selalu aku tengok dia bergelak-gelak/senyum/kucai orang/marah, tapi kali nie aku tengok muka kuyu sangat-sangat.. aku rasa macam tak sampai hati pula nak tangkap gambar walaupun dia dah pesan jangan tangkap gambar.. dia berusaha juga untuk nak bercakap walaupun orang dah pesan jangan cakap banyak sangat sebabnya takut satgi luka tu jadi makin parah.. hmmm, SABAR yer adik.. abang doakan adik cepat sembuh dan nak tengok kembali adik yang dulu, bukannya adik yang abang tengok kat atas katil tu.. sampai sekarang(tengah menaip blog nie) aku masih lagi terbayangkan/terfikir incident yang terjadi waktu masa aku tengok adik angkat aku tu.. bila aku terbayang/terfikir, aku rasakan sangat kesian kat adik angkat aku tu.. hmm
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR (SEBELUM PEMBEDAHAN)

ABANG DOAKAN SEMOGA ADIK CEPAT SEMPUT YER !! (MUHAMMAD MUSTANIR)

haishh, macam-macam yang terjadi kat kawan-kawan aku nie.. aku doakan semoga korang semua cepat sembuh dan menjadi seperti yang dulu semula.. sedih aku tengok korang semua kena operate-operate nie semua.. aku dapat bayangkan masa korang semua mesty rasa sakit kan lepas dah selesai operate.. masa operate mesty lah tak rasa sebabnya dah suntik bius.. lepas tu, mesty akan rasa kepedihan dan kesakitan..

paling aku kesian sekali kat adik angkat aku lah sebabnya alat yang nak tembak tu kena jolok dalam mulut dia sampai ke tengkak then baru boleh tembak lazer tu.. eeee, aku yang dengar cerita tu pun aku rasa gerun giler kot.. mesty sakit sangat-sangat dan akan rasa tak lalu sangat makan sebabnya rasa macam ada benda kat tengkak tu walaupun tak dak sebenarnya.. hmm

AKU DOAKAN SEMOGA DIORANG CEPAT SEMBUH YER.. KAMI SEMUA SENTIASA BERDOA SEMOGA KORANG SEMUA SIHAT KEMBALI.. AMINN..

Itu saja untuk post aku kali ini

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...