CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Saturday, April 7, 2012

Debat Ala Parlimen 2012

Assalamualaikum w.b.t.
lama juga aku tak update aku punya blog kan..
sorry lah, agak sedikit buzy sekarang ini..
jadi tak dak masalah sikit untuk nak update aku punya blog..

ok, straight to the point.. pada 22/2/2012(RABU) yang lalu..
aku telah masuk pertandingan debat ala parlimen peringkat zon..
ini kali pertama aku masuk debat ala parlimen ini sebabnya aku ingin uji diri aku sendiri.. adakah aku boleh mengeluarkan idea-idea dengan secara automatik maksudnya idea itu keluar waktu itu juga dan aku bercakap waktu itu juga..
sebab itu aku masuk juga pertandingan itu..
Alhamdulillah.. cikgu yang mengendalikan debat ala parlimen ini nampak bakat aku kemudian cikgu aku telah meletakkan aku sebagai menteri pertama..
pada hari tersebut, kami telah mendapat tajuk MATA PELAJARAN SEJARAH MAMPU MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME..
pada mulanya kami target mendapat pihak kerajaan kerana kami berasa topik ini amat bersesuaian dengan kerajaan namun apabila cabutan undi dilakukan kami telah mendapat pembangkang..
namun begitu, kami teruskan juga perjuangan kami untuk memenangi pertandingan tersebut keranai lima orang yang masuk pertandingan debta ala parlimen ini semua amatur lagi.. sebab itu kami ingin buktikan bahawa kami boleh lakukan..
Alhamdulillah, kami telah menang peringkat awal dan akan bertanding di peringkat suku akhir..

pada 29/2/2012(RABU).. kami telah mendapat tajuk MEDIA SOSIAL MAMPU MENYEMAI NILA-NILAI KEMANUSIAAN.. untuk tajuk ini pula, kami target pembangkang kerana kami merasakan tajuk ini sangat sesuai dengan pembangkang namun apabila cabutan undi dilakukan kami telah mendapat kerajaan..
namun begitu, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan Alhamdulillah, kami telah dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu peringkat separuh akhir..

pada 7/3/2012(RABU).. kami telah mendapat tajuk PENDIDIKAN MENYEMAI KESEDARAN TERHADAP KESELAMATAN JALAN RAYA.. untuk kali ini sahaja kami tidak target untuk mendapat kerajaan atau pembangkang kerana kami merasakan tajuk ini agak sedikit susah sekiranya kami mendapat pembangkang..
pada hari tersebut, kami telah menghadapi peperiksaan penggal pertama maka latihan kami akan tidak mencukupi sedikit.. ye lah kan, dengan mereka skrip untuk bahas lagi, study lagi.. sebab itu untuk peringkat ini kami terima sahaja dengan seadanya sekiranya kami menang ataupun kalah..
ternyata kami memang tidak menyangka yang kami akan mendapat pembangkang sebabnya bagi kami tajuk ini tidak sesuai untuk pembangkang namun kami terima dengan seadanya.. kami lakukan juga dengan habis baik kami..
namun, kami telah tewas di peringkat ini.. kami tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir di peringkat zon..

namun begitu, kami berlima berasa begitu bersyukur sebabnya kami tewas dengan bermaruah sebabnya kami lakukan dengan habis baik untuk buktikan yang kami boleh sampai ke tahap itu..
bagi kami itu adalah satu pencapaian yang amat bermakna bagi kami berlima..
AKU AKAN SIMPAN KENANGAN BAHAS ALA PARLIMEN INI KERANA SELEPAS INI TIDAK ADA LAGI PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SEBABNYA TAHUN INI TAHUN TERAKHIR AKU DI SEKOLAH.. jadi, macam mana aku nak masuk lagi pertandingan macam nie kecuali seorang saja dari kami berlima itu sebab 4 orang pelajar tingkatan 5 dan seorang dari pelajar tingkatan 4.. maka, dah tentu dia akan masuk lagi pada tahun depan.. dah lah best masuk pertandingan bahas ala parlimen ini sebabnya banyak input-input yang aku dapat..

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

5 comments:

Cikgu Fikri said...

USUL media sosial tu akan jd usul bahas ala parlimen peringkat kebangsaan tahun 2012 yg akan bertempat di johor... :)

AZ_{K-MaL} said...

cikgu fikri : ohh, ye ke cikgu?? wahhh, mesti seronok kan usul ini bila didebatkan di peringkat kebangsaan.. :)

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudara untuk menyertai bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.

Miss Jie said...

teruskan usaha untuk memejukan diri!!!

Unknown said...

assalamualaikum. boleh tak kalau tunjuk ajar pasal isi untuk debat yg bertajuk "media sosial mampu menyemai nilai kemanusiaan.. klu tak keberatan dngn segera boleh ws 01136034324 ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...