CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Monday, January 9, 2012

Persekolahan 2012

Assalamualaikum..
bagaimana sesi persekolahan anda semua..
of couse lah semuanya akan kata, penat lah, bosan lah..
ye lah, sebulan lebih cuti, then nak biasakan kembali suasana sekolah ambil masa seminggu lah juga kan..
kali nie, awal-awal post aku telah tukar menjadi Assalamualaikum..
saja lah, nak tukar pula, sebab semua orang mesti dah bosan dengan ayat-ayat awal aku yang selalu aku gunakan..
sekali sekali kita tukar juga.. HAHA

ok lah, first day masuk sekolah, WOW!! aku tengok ramai pelajar-pelajar sekolah aku datang awal sebab aku kata datang awal sebab aku selalu sampai dekat sekolah kul 6.50 pagi.. jadi, aku tau lah pelajar datang awal atau lewat.. hehe, first time aku tengok ramai pelajar nak datang sekolah..
excited nak jumpa kawan-kawan lah tu..
minggu orientasi pelajar tingkatan 1 dan 4 turut dijalankan..
pelajar lain mana?? pelajar lain tu dah tentulah pelajar tingkatan 2,3,5 & 6 atas masuk ke kelas dan belajar seperti biasa..
aku ingat lagi semasa aku ada orientasi pelajar semasa aku mula-mula masuk ke sekolah iaitu masa tingkatan 1..
masa tu, aku rasa aku nie seorang yang kecil jer sebabnya aku tengok abang-abang & kakak-kakak yang lain semuanya besar-besar belaka dan tinggi.. jadi takut pun ada gak, ye lah kan, selalu aku dok dengar orang kata senior-senior akan membuli junior-junior nie..
btw, aku rasa tak pun dan aku setakat sekarang nie, Alhamdulillah, tak lah lagi kena buli dengan senior-senior sehinggalah tahun nie aku menjadi senior di sekolah aku..

oh ya, pada hari nie(9/1/2012).. semua pengawas sekolah telah menerima sijil watikah perlantikan..
oh noooooo, aku jadi KP kot.. tak kan korang semua tak boleh agak lagi kot apa itu KP.. dah tentulah Ketua Pengawas..
arghhhh, takutnya memegang jawatan tertinggi tersebut..
adakah aku dapat melaksanakan tugas aku dengan baik..
aku telah bersepakat dengan guru pengawas aku dimana aku telah menyatakan bahawa pada bulan 5 nie, kami pelajar-pelajar tingkatan 5 & 6 kalau boleh dah nak duduk rehat sikit sebab apa?? sebabnya nak fokus pada pelajaran lebih sedikit..
seperti biasa, telah dua tahun kami melaksanakan konsep ini bermula pada tahun lepas dan dibawa kepada tahun nie dimana cikgu telah melantik tiga orang jawatan tertinggi iaitu Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas 1 dan Penolong Ketua Pengawas 2..
rasanya aku tak nak tulis panjang-panjang lah perkataan tu sebabnya aku malas nak taip.. HAHA..
seperti tahun lepas, KP telah diberikan pelajar tingkatan 5(perempuan), PKP 1 pula telah diberikan kepada pelajar tingkatan 6(lelaki) dan PKP 2 pula telah diberikan kepada pelajar tingkatan 4(lelaki)..
aku telah memegang jawatan PKP 2.. teruk sedikit lah kan sebabnya pelajar tingkatan 5 & 6 akan direhatkan aktiviti mereka secara perlahan-lahan dari bulan 5..
tahun nie pula, KP telah diberikan kepada aku pelajar tingkatan 5, PKP 1 pula telah diberikan kepada pelajar tingkatan 6(perempuan) dan PKP 2 pula telah diberikan kepada pelajar tingkatan 4(lelaki)..
mmmmmm, aku agak sedikit takut sedikit lah memegang jawatan ini..
ye lah kan, bukannya semua orang suka dengan apa yang kita buat.. takut lah juga kan.. mmmmm

ok lah, tadi masa kat sekolah(9/1/2012).. aku yang tidak kena kucai saja oleh semua kawan-kawan aku..
aku diam tak kata apa.. kalau aku bersuara, aku akan kena kucai lagi teruk, so, better aku diam.. HAHA..
waktu tu, aku memang memerlukan kesabaran yang tinggi lah sebab mereka kucai aku dari awal masa sampai balik sekolah..
perghh, memang terbaik lah.. aku memang suka pun ampa semua kucai aku..
kucai lah lagi, kucai lah lagi.. aku nak tengok, ampa semua tu sampai ketandusan idea(giler kejam aku).. HAHA..
nak tau ka sebab apa kawan-kawan aku kucai aku..
mereka kucai aku sebab aku pegang jawatan KP tu lah.. setiap kali aku bersuara, mereka akan kata KP marah lah, KP suruh diam lah, KP suruh buat nota lah dan macam-macam lah lagi..
sabar jer lah aku waktu tu.. memang waktu tu aku rasa macam nak angkat mereka tu kemudian buang dari tingkat 4 tu(yang nie lagi kejam, HAHA).. HAHA..

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...