CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Tuesday, January 24, 2012

Outing To Take The Picture

Assalamualaikum..
lama aku dah tak update blog kan??
buzy lah.. tambah pula taon nie aku SPM kan.. lagi lah sibuk..
oh ya, pada Sabtu lalu(21/1/2012) aku tetiba dengan seronoknya telah menayanya pada kawan aku, mahu tak ajar aku untuk ambik gambar elok dengan menggunakan camera DSLR..
dia pun kata mau.. sebenarnya camera tu bukannya camera aku pun tapi camera cousin aku.. tak silap aku lah, camera canon eos 1100D yang camera cousin aku tu..

dari pukul 11.30 pagi sampai pukul 3.30 ptg kami pusing satu Perlis tak termasuklah Kuala Perlis.. sebab rasa macam malas nak pergi dah.. HAHA
mula-mula tu kami pergi lah ke Tasik Melati.. perghh, memang aku try lah ambik gambar bagai-bagai kat situ untuk nak bagi gambar nampak lawa.. akhirnya aku berjaya juga..
itu pun, tak sehebat kawan aku lagi bila dia ambik gambar.. dia cantik lagi ambik gambar..
biasa la kan, orang baru belajar nak ambik gambar lawa.. HAHA
kemudian tu, kami pergi lah ke C-Mart.. nak dijadikan cerita, kami masuk lah ke jalan kampung, konon-kononnya nak cepat lah kan.. HAHA, akirnya kami tembus ke jalan yang lain.. kami pula jadi tertanya-tanya, jalan mana kami duduk sekarang nie..
akhirnya, kami telah menggunakan khidmat GPS untuk search tempat yang kami nak pergi tu.. HAHA, mesti lawakkan.. ye lah kan, orang Perlis guna GPS di tempat sendiri.. x pernah dibuat orang aku rasa.. HAHA

kami pergi ke C-Mart pun sebabnya nak beli air CoolBlog jer.. aku tetiba nak minum air CoolBlog.. kawan aku plak, dok tanya aku, air CoolBlog nie apa.. HAHA, soalan kawan aku sangat lah sama macam mana aku mula-mula tanya pada abang & cousin aku tentang air CoolBlog nie.. aku pun mula-mula tak tau gak air apa lah nie, bila dah minum, perghhhh, sedap yang teramat kot..

then, kami pun jalan-jalan lah kawasan C-Mart dan menjumpai dinding yang amat menarik sekali sebabbnya dinding tu ada macam-macam warna.. kami telah menjadikan tempat dinding tu untuk kami nak test ambik gambar bagi lawa.. HAHA, kalau boleh tu, semua tempat nak ambik.. HAHA

kemudian, kami patah balik ke Kangar.. motif kami patah balik?? sebab nak p makan jer.. kat kawasan C-Mart tadi kami tak tau nak makan kat mana yang sedap+murah.. HAHA..
kedekut gak kami nie kan.. HAHA
lepas dah makan tu, aku tengok jam dah kul 3.15 petang.. aku gtau lau kat kawan aku, jom balik je lah sebabnya aku rasa dah penat+mengantuk.. HAHA
dia pun, setuju, then kami pun balik lah..
dah sampai kat umah tu, aku pun tengok lah balik gambar-gambar yang aku tangkap tu, then try lah edit..
WOW!! cantik kot.. kawan-kawan aku dok komen HDR.. mula-mula aku tak tau gak apa itu HDR, then aku youtube tengok, baru lah aku tau apa itu HDR..
aku pula jadi terpinga-pinga sebabnya aku tak sangka yang aku ada kemahiran sikit untuk edit gambar nampak macam HDR(puji diri sendiri lah tu, HAHA)..
nie gambar yang telah aku edit..

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...