CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Monday, January 2, 2012

Idola Kecil Musim Ke-4 Akhir

Salam semua..
kali ini aku nak post mengenai Konsert Akhir Idola Kecil Musim Keempat Akhir yang telah berlangsung pada 31/12/2011 yang lalu..
seperti biasa, aku pun layan lah kan.. boleh dikatakan semua competition apa-apa di TV aku layan lah juga..
tapi, aku tengok yang mana aku rasa seronok je lah.. hehe..

oh ya, aku tak nak lah tulis panjang sangat-sangat kerana aku takut nanti korang kata aku merepek pula..
kali ini, Idola Kecil telah membawa enam orang ke Final.. seperti Idola Kecil Musim Pertama dan Kedua telah membawa enam orang juga ke Final tetapi Idola Kecil Musim Ketiga pula membawa lima orang sahaja ke Final..
pelik kan??
kita tidak dapat jangkakan berapa orang yang dapat pergi ke Final.. betul x??

kali ini mereka telah membuat dua persembahan.. mereka selang-selikan lagu yang artis dah nyanyi dengan lagu single mereka..
ini adalah kedudukan carta persembahan terbaik mengikut carta aku lah.. aku tak tahu lah carta korang semua bagaiman..
>yang mendapat tempat pertama itu terbaik dan diikuti dengan persembahan seterusnya..

PUSINGAN PERTAMA

Irish - Patah Seribu (Shila Amzah)

2. Hairul - Aku (Lagu Single)

3. Shasha - Cinta Teragung (Hazama AF9)

4. Fifa - Aku Permata (Salma Mentor)

5. Abby - Dalam Laman Kalbu (Lagu Single)

6. Rusil - Kisah Dongeng (Stacy)

bagi pusingan pertama aku telah terpegun dengan kelantangan suara Irish.. ketika sebelum Irish membuat persembahan, aku berada di luar rumah kerana ada kerja sedikit then bila aku dengar Irish nyanyi lagu ini terus aku tinggalkan kerja aku terus masuk ke dalam rumah kerana aku sangkaka Shila Amzah yang nyanyi ternyata Irish.. aku agak sedikit terkejut dan aku rasa WOW!! best sangat-sangat dia nyanyi, rasa macam tak puas jer dengar dia nyanyi..
kemudian itu diikuti dengan Hairul.. persembahan yang begitu best dan suara dia yang sangat best.. lagu itu sangat sesuai dengan suara dia.. terbaik lah Hairul.. anda pasti boleh berjaya di masa akan datang yer.. Wazzap Wazzap Beb.. hehe
persembahan Shasha pula, aku rasa seperti dia sudah pro dalam menyanyi kerana suara dia amat sedap sekali dengan lagu ini.. good job Shasha yer..
seterusnya persembahan dari Fifa, aku rasa lagu ini seperti tidak sesuai lah dengan suara Fifa yang serak-serak basah tu.. better dia nyanyi lagu nada slow lagi sedap.. btw kan, aku tengok Fifa lakukan persembahan begitu best dan mantap sehinggakan aku rasakan dia ini pasti ada saingan sengit dia.. siapa lagi kalau bukan Irish..
seterusnya pula ialah Abby.. kecik jer dia tapi suara dia WOW!! besar dan sedap sangat.. tapikan aku rasa macam dia nyanyi kurang sedikit penghayatan lah, bukan banyak yer tapi sedikit jer, nampak macam Abby macam takut-takut sikit mungkin lagu baru jadi agak susah lah sikit dia nak menghayatikan.. btul x?? tapi persembahan dia, perghh, tak payah kata lah memang best dengan suara kelantangan dia.. memang terbaik lah..
akhir sekali ialah Rusil.. aku suka bila Rusil nyanyi lagu ini kerana dia mencuba untuk mengubah melodi lagu ini dengan menyanyi cara lain sedikit dan memang ternyata Rusil berjaya membawa lagu ini dengan baik.. suara dia memang best sangat-sangat dan memang payah lah nak jumpa suara macam dia tu.. terbaik lah..

seterusnya pula ialah pusingan kedua mereka semua.. kehangatan kian terasa dimana ketika itu aku keluar makan dengan family aku dan aku cuma lihat di kedai makan saja.. ternyata saingan makin sengit aku lihat..
setelah itu aku rasa tidak puas melihat persembahan mereka.. esok hari tu aku tengok persembahan kedua mereka di tonton.com.my untuk tahu persembahan kedua mereka bagaimana..
aku rasa Fifa memang layak untuk dapat Juara kerana dia sentiasa consistent every week..
tapi, aku tetap tak puas lihat di TV kedai makan, so esok je lah aku tengok di tonton.com.my..
sebab itu entry ini agak lambat sedikit yer.. sorry..
ini adalah carta aku untuk persembahan kedua..
kedudukan berubah dengan banyak sekali yer..

PUSINGAN KEDUA

1. Hairul - Sedetik Lebih (Anuar Zain)

2. Fifa - Cinta Sebelah Meja (Lagu Single)

3. Abby - Kisah Hati (Alyah)

4. Irish - Apalah Erti Semua Ini (Lagu Single)

5. Rusil - Lebih Hebat (Lagu Single)

6. Shasha - Hingga Jadi Tari (Lagu Single)

untuk persembahan kedua nie.. aku tak tahu lah nak kata.. aku rasa makin lama makin hebat mereka nie nyanyi..
sehinggakan agak susah sedikit aku nak buat kedudukan carta aku nie..
pandai-pandai korang semua lah untuk menilai sendiri persembahan kedua mereka ini..
sebabnya aku dah tak tahu nak komen apa sebabnya mereka memang terbaik lah sangat-sangat sehinggakan aku diam sebentar untuk memilih siapa yang terbaik di dalam carta aku..
memang betul-betul susah.. haishh, apa-apa pun mereka dah lakukan YANG TERBAIK sangat-sangat dah..

sebelum mereka mula untuk persembahan kedua mereka.. kami semua telah dihiburkan oleh Juara-Juara Idola Kecil dari Musim Pertama hingga Musim Ketiga.. siapa lagi kalau bukan Wada IK1, Dayana IK2 & Harris IK3..
perghh, memang sedap sangat-sangat mereka nyanyi.
cumanya kan.. adakah suara Harris dah pecah?? sebabnya aku dengar macam lain sedikit lah.. macam suara orang dewasa sudah.. hehe
ini adalah persembahan mereka dengan nyanyian dari Wada dengan lagu Destinasi kemudian diikuti pula persembahan seterusnya ialah Dayana dengan lagu Satu Impian dan akhir sekali, Juara Lelaki yang pertama.. siapa lagi kalau bukan Harris dengan lagunya Sampai Ke Bulan..
selesai saja persembahan Harris, mereka bertiga telah berduet dengan lagu Moves Like Jagger.. memang hebat gila-gila lah persembahan mereka.. sememangnya mereka layak menjadi Juara..


seperti biasakan lah.. aku nak tunjukkan kepada korang semua kedudukan top three peserta Idola Kecil dari Musim Pertama hingga Musim Keempat..

Musim Pertama :
  1. Wada
  2. Haqiem
  3. Syaza
Musim Pertama :
  1. Dayana
  2. Azzam
  3. Ain
Musim Ketiga :
  1. Harris
  2. Puteri
  3. Balqis
Musim Keempat :
  1. Fifa
  2. Irish
  3. Abby
pelik kan?? cuba tengok kedudukan musim pertama hingga kedua.. lelaki diapit oleh dua orang wanita.. mana taknya kan, mereka mendapat tempat kedua..
berlainan pula dengan musim ketiga dimana dua orang wanita berada di nombor dua dan tiga.. lelaki telah mendominasikan dengan menjadi Juara pertama Lelaki Idola Kecil..
musim keempat?? lagi berlainan.. lelaki terus kalah dengan wanita sedangkan pada malam tersebut hanya seorang sahaja iaitu Hairul satu-satunya peserta lelaki yang dapat pergi ke Final tetapi nasib tidak menyelebahi kepada dia.. tak pa lah kan..
di luar sana, buat lagi yang terbaik yer Hairul..

aku mohon maaf kepada semua peminat-peminat mereka ini.. aku tidak terniat untuk mengaibkan seseorang sebaliknya aku sekadar menyatakan pendapat aku.. btw kan, setiap kali Konsert Akhir Idola Kecil jer, mesty gempak giler-giler lah.. aku suka tengok sebabnya semua peminat-peminat mereka pergi untuk menyorak artis-artis cilik mereka ini.. then, bila aku tengokkan, peminat Hairul paling kuat bersorak, pantang sebut saja nama Hairul, semua peminat Hairul bersorak-sorak dan aku masih ingat lagi situasi ini sama seperti Azzam IK2 dulu dimana bila sebut saja nama Azzam, smuanya bersorak-sorak sehinggakan aku rasa macam dalam stadium tu hanya mereka saja yang bersorak-sorak dengan paling meriah..
tak pe lah kan, lawan secara sihat.. bagus.. aku suka sangat-sangat..

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...