CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Thursday, November 24, 2011

Kem Nadwah Kepemimpinan Islam

Salam Satu Malaysia
wah, sudah lama aku tidak update blog aku nie..
ok lah.. hari nie, aku nak update tentang kem yang aku pergi selepas buka sekolah..
kem tersebut bermula pada 6/9/2011 hingga 9/9/2011 selepas saja cuti seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.. pda 5/9/2011 aku pergi ke sekolah kemudiannya pada esok hari aku terus pergi kem tersebut..
kem tersebut bukan di Perlis tapi di Kem PLKN Seri Perkasa Mantin, Seremban, Negeri Sembilan..
terlupa pula aku, nama kem tersebut ialah Kem Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2011..

pada mulanya, aku tak nak mahu pergi ke kem tersebut kerana aku sangkakan kem tersebut tidak menarik..
ye lah kan, tetiba terus pergi peringkat kebangsaan punya..
yang peringkat negeri, tak pergi lagi..
boleh dikatakan, semua wakil dari negeri Perlis, sangkakan kem nie mungkin tak menarik dan tak best..
rupa2nya, sangkaan kami semua adalah salah kerana kem tersebut tersangatlah menarik dan best sekali..
selain kami dapat ilmu yang banyak, ilmu yang kami tidak pernah ketahui, kami juga dapat berkenalan dengan semua peserta2 Nadwah dari seluruh negeri di Malaysia..

aku pergi ke sana, aku dapat ilmu yang sangat banyak sekali kerana selama ini aku sangkakan kita hanya perlu dapat ilmu yang sedikit ternyata kita semua nie kena ada ilmu yang banyak untuk meminpin orang ramai tak kira lah rakan kita, anak buah pengawas kita ke, junior2 kita ke dan macam2 lagi lah..
aku juga dapat berkenalan dengan orang yang dari negeri aku dan mereka lah yang paling aku rapat sekali di kem tersebut iaitu dari negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kelantan..
memang best sangat2 dapat berkawan dengan mereka kerana aku dapat belajar loghat negeri mereka..

balik saja aku dari kem tersebut, aku telah mendapat pelbagai ilmu yang telah aku simpan..
aku akan simpan segala ilmu yang aku dapat ini..
aku ada juga berikan ilmu yang aku dapat ini kepada rakan2 aku dan mereka dapat menerimanya apabila ada yang aku beritahu..
tapi aku tak dak lah beritahu semua sekaligus, aku akan beritahu ilmu2 yang aku dapat apabila aku tengok mereka dah tak boleh buat sesuatu perkara ka, ada masalah ka dan macam2 lagi lah..
paling aku tak tahan sekali ialah mereka semua akan perli aku tak kira lah jika aku beritahu mereka tentang ilmu2 yang aku dapat ke atau tak dapat..
dua benda ja yang mereka semua akan perli aku iaitu "Ustaz Akhmal" & "Pemimpin Akhmal"..
ish2, suka2 hati ja mereka panggil aku dengan gelaran tersebut..
biar lah, aku tak kisah pun.. biar mereka kata itu, mungkin bila mereka kata begitu, mereka semua akan puas.. HAHA..

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR

itu baru saja Kem Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 Tahun 2011..
sekarang aku akan ceritakan tentang Kem Nadwah peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pusat Biodiversiti Kuala Perlis..
pada mulanya, aku tak nak lah pergi kerana aku nak bagi peluang kepada orang lain pula untuk pergi ke kem tersebut tetapi ustaz aku kata rugi kalau aku lepaskan..
maka aku pun pergi lah ke kem tersebut..
tak sangka pula aku kerana aku pergi telah membuahkan hasil dimana aku telah mendapat Anugerah Pemimpin Harapan Lelaki Terbaik.. Syukur Alhamdulillah kerana aku dapat anugerah tersebut..
ini adalah anugerah2 yang kami semua dapat :

  • Anugerah untuk Kumpulan2 dan Kumpulan Terbaik Lelaki dan Kumpulan Terbaik Perempuan
  • Anugerah Pemimpin Lelaki Terbaik
  • Anugerah Pemimpin Perempuan Terbaik
  • Anugerah Pemimpin Harapan Lelaki Terbaik
  • Anugerah Pemimpin Harapan Perempuan Terbaik
  • Panel 1 (Forum Remaja)
  • Panel 2 (Forum Remaja)
  • Panel 3 (Forum Remaja)
  • Penghulu
  • Penghuluwati

best sangat2 Kem Nadwah Peringkat Negeri Perlis ini..
ini adalah gambar semasa di Kem tersebut..

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...