CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Sunday, November 27, 2011

Jamuan Pengawas Sekolah 2011

Salam Satu Malaysia
baiklah, post aku kali ini mengenai Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah 2011..
wah2, tahun ini rasanya bleh dikatakan agak gempak lah juga kerana tahun ini kami membuat di luar sekolah..
jika tidak, dilakukan di sekolah saja, nasib baik tahun ini dilakukan di luar sekolah..
rasa lah seronok sikit.. hehe..

walaubagaimanapun, kami pada mulanya merancang untuk membuat tema dan kami semua telah memilih tema evening party..
tapi............
cikgu tidak bersetuju dan menyuruh kami semua memakai pakaian pengawas lengkap tetapi kami berjaya juga membodek cikgu iaitu kami semua tak nak pakai blazer dan hasilnya, cikgu telah bersetuju..
yeahhhh..

jamuan tersebut telah berlangsung pada 11/11/2011 jam 3 petang..
kami telah adakan seperti biasa iaitu ada ucapan-ucapan dari jawatan-jawatan tertinggi..
paling tak menarik sekali ialah, aku kena jadi pengacara majlis..
itu yang aku tak suka sangat-sangat..
haishh, sabar je lah bila jadi pengacara majlis sebabnya aku kena pastikan semua majlis berjalan dengan lancar dan perfect(sempurna) supaya tidak ada cacat cela di sana sini..
itupun kan, ada juga tapi bukan pada aku lah..
cuma pada orang yang nak bagi sijil-sijil dan hadiah cenderahati kepada pengawas-pengawas dan cenderahati kepada tuan pengetua kerana kami sambut sekali dengan majlis persaraan pengetua dalam jamuan pengawas tu..
sebab itu ada cenderahti juga pada tuan pengetua..
mmmmm, sudah lah aku coret panjang-panjang berjela nie, bukannya korang semua baca pun(memandai jer, mana tahu, kot-kot ada orang baca.. HAHA)..

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH BESAR

thanx yer pada kawan aku sebab ambik gambar pengawas tahun nie.. aku tak sempat lah nak ambik gambar tahun nie sebabnya?? sebabnya pengacara majlis pun sampai lewat ke jamuan tersebut.. HAHA, sapa lagi kalau bukan aku yang pengacara majlis tu.. sorry lah sebab aku datang lewat 3 minit sebabnya aku p umah kawan dulu sat untuk print skrip 2.. HAHA.. baiklah, cenderahati yang diberikan pada tahun ini ialah :
  • Ketua Pengawas Sekolah (Pengawas Perempuan)
  • Penolong Ketua Pengawas Sekolah 1 (Pengawas Lelaki)
  • Penolong Ketua Pengawas Sekolah 2 (Pengawas Lelaki)
  • Setiausaha (Pengawas Perempuan)
  • Penolong Setiausaha (Pengawas Perempuan)
  • Bendahari (Pengawas Perempuan)
  • Tuan Pengetua(Majlis Persaaran)
untuk tahun ini, anugerah Pengawas Lelaki Terbaik & Pengawas Perempuan Terbaik serta AJK-AJK tidak dapat yer kerana budget duit pengawas telah banyak habis kerana pada tahun ini saja, duit kami semua yang kami kumpul habis dengan begitu cepat kerana kami semua(pengawas sekolah) menggunakan duit-duit tersebut untuk majlis-majlis yang diadakan di sekolah yang melibatkan para pengawas..

oleh itu, aku nak beritahu lah juga untuk anugerah Pengawas Lelaki Terbaik & Pengawas Perempuan Terbaik dapat kepada Pengawas Lelaki(kelas 5E) dan Pengawas Perempuan(Ketua Pengawas Sekolah)..

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...