CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Saturday, July 9, 2011

Konsert Akhir Akademi Fantasia 9


Salam Satu Malaysia
sorry sangat-sangat sebab lambat update blog..
tak sempat nak update kerana buzy..
ok lah, korang semua masih ingatkah yang aku akan coretkan cerita apa yang berlaku semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 9..

persembahan pembukaan dengan lagu Firework dinyanyikan oleh 4 pelajar terakhir..
sudah mereka menyanyikan lagu tersebut..
ada gimik berlaku dimana mereka menjemput AC MIZAL, SARIMAH IBRAHIM & JIMMY SHANLEY untuk bergabung bersama-sama dengan AZNIL..
nampak keserasian mereka berempat di satu pentas..

PUSINGAN PERTAMA :

persembahan pembukaan oleh Lena dengan lagu Dunia dari Bunkface.. sepatutnya Lena kena memberikan lebih impak kerana dia adalah pelajar pertama yang membuat persembahan..
seharusnya dia perlu menunjukkan persembahan yang dia itu adalah Juara musim tersebut.. tetapi Lena kurang memberi impak lah.. saya menyokong kata-kata Fauziah Dato Ahmad Daud(Ogy) yang menyatakan persembahan Lena kurang dan menyatakan dia pernah melihat Lena membuat persembahan terbaik menerusi Lagu Untuk Kuala Lumpur..

persembahan seterusnya diikuti oleh Azri dengan lagu singlenya iaitu Niskala.. apabila Fan Page Akademi Fantasia 9 post lagu promo single mereka semua.. saya mendengar kesemua lagu mereka dan saya menyatakan dalam hati yang lagu Azri itu sedap dengan tone suara Azri memang sesuai sangat-sangat untuk lagu ini.. tapi kenapa masa Konsert Akhir tersebut Azri menyanyi kurang lah.. feel tu saya tak rasa langsung.. cuma bila part chorus saya puji sebab sedap..

persembahan ketiga pula ialah Fina.. Fina membawakan lagu singlenya iaitu Menangis Lagi.. aku suka nyanyi lagu ini.. bagi aku lirik lagu dia simple tapi banyak makna tersirat di sebalik lirik-lirik tersebut.. Fina berjaya membawa lagu single sehinggakan mendapat pujian daripada Fauziah Dato Ahmad Daud(Ogy).. walaupun pada malam tersebut Fina tidak sihat tapi dia berjaya menunjukkan bahawa dia boleh lakukan dengan terbaik walaupun dia tidak sihat.. aku suka nyanyi lagi dia nie sehinggakan kawan-kawan aku di sekolah pun dapat menghafal sikit-sikit lirik lagu ini.. haha..

persembahan terakhir ialah Hazama dengan lagu Pukau dari Tomok.. sebelum Hazama menyanyi lagu tersebut terdapat satu babak drama kot dan sambungan dia di pentas.. dia menyanyikan lagu ini sungguh-sungguh best sehinggakan nampak yang dia itu layak mendapat peluang kedua di AF.. paling aku tak tahan sekali dia merangkak kot, setakat aku dok tengok musim-musim sebelum ini rasa aku belum lagi yang merangkak cuma dalam keadaan terlentang saja yang ada iaitu Adira AF8 sewaktu dia menyanyikan lagu Biarlah dari Nidji.. tapikan aku bengang dengan Hazama pada malam tersebut.. korang tahu tak apa?? Lisa Surihani sanggup menjadi tetamu jemputan untuk lagu dia.. geram aku, dah lah nak jumpa Lisa Surihani pun bukan senang.. haha.. jeles melanda..

Carta aku untuk persembahan pusingan pertama :

1) Fina

2) Hazama

3) Lena

4) Azri

PUSINGAN KEDUA :

Lena kembali dengan persembahan kedua dia iaitu lagu singlenya Sisa Kisah Kita.. Lagu tu sangat sedap dan rasa akan jiwa lagu tersebut.. kali ini aku puji persembahan kedua Lena kerana verse awal dia masuk memang bagus sangat-sangat.. dengar suara husky dan sexy dia tu.. tapi ada sikit kemalangan berlaku iaitu sewaktu dia nak buang kain tu dari badan dia.. dia tersilap buat tu sepatutnya buka yang sarung atas kepala tu dulu baru buang kain tu.. tapi aku tengok Lena tetap meneruskan persembahan kedua dia tu dengan baik sekali walaupun ada berlaku sedikit kesilapan.. oit, Shaheizy Sam kot yang dok berpura-pura bermain piano kot.. aduss, awatlah pihak AF jemput orang-orang yang aku suka nie.. jeles aku tau tak.. haha..

persembahan seterusnya diteruskan pula oleh Azri dengan lagu Ku Tak Bisa dari Slank.. sebenarnya aku pun tak salahkan Azri pada masa tersebut dimana dia duduk dan berdiri atas alat muzik sambil menyanyi sebab aku sendiri pun tak tau benda tersebut sehinggalah Dato Ramli Ms sendiri yang beritahu perkara tersebut.. aku dapat ilmu baru dimana kita perlu hormat pada alatan muzik juga sepertimana kita hormat semasa di meja makan.. Azri oh Azri, kenapa masa di Konsert Akhir Azri tak push kan semuanya.. macam waktu Azri nyanyi lagu Sungai Lui, Mahligai Syahdu & Sampai Syurga.. geram aku tengok bila Azri tak dapat menyanyikan dengan baiknya di Konsert Akhir.. mmmm

seterusnya diikuti pula dengan Fina membawakan lagu Satu Harapan dari Jaclyn Victor.. sedap juga Fina nyanyi lagu ini.. cuma persembahan kali ini agak kureng sikit dari persembahan pertama tadi..

akhir sekali persembahan dari Hazama mempertaruhkan lagu singlenya iaitu Cinta Teragung.. alamak meremang bulu roma aku dengar Hazama nyanyi lagu ini.. sedap sangat-sangat.. feel Hazama tersebut sampai dekat aku..

Carta Aku untuk Pusingan Kedua :

1) Hazama

2) Lena

3) Fina

4) Azri

Selain itu juga, pihak membawas kesemua lapan-lapan Juara datang untuk membuat persembahan tetapi malangnya Shahir tidak dapat hadir kerana tangan dia patah.. mereka menyuruh semua 7 juara tersebut menyanyikan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka semasa di AF dahulu.. wah-wah, syok kot tengok Mila & Stacy.. memang patut mereka berdua menjadi Juara dimana Mila Juara Pertama Wanita manakala diiukuti pula oleh Stacy..

pelajar-pelajar AF yang tersingkir juga tidak ketinggalan membuat persembahan.. Laika, Eka, Miza, Amir, Aida, Raqib, Afif & Kay telah membuat persembahan bersama-sama.. Bagi Nera pula membuat persembahan perseorangan dengan lagu singlenya iaitu Hatimu Milikku.. Bagi Erul pun sama juga dimana menyanyikan lagu singlenya yang berjudul Legasi Cleopatra..

1) Nera

2) Erul

pada musim ini Hazama telah dinobatkan Juara terakhir AF.. tahniah buat Hazama kerana telah menang.. tidak ketinggalan juga pada Lena mendapat Naib Juara manakala Fina pula tempat ke-3 dan Azri tempat ke-4.. jangan lah mereka ini semua risau kerana rezeki ada saja dimana-mana.. untuk nak mendapatkan maklumat lebih lanjut korang semua boleh lihat di blog Kudsia Kahar & Abang Badrul..

rasanya ini saja post ini.. saya ingin menyusun sepuluh jari sekiranya ada saya buat silap semasa saya komen untuk konsert akhir ini.. jangan ada pihak-pihak mana terasa akan kata-kata saya.. bukan semua manusia sempurna mesti juga ada buat silap.. diharap selepas ini janganlah biarkan semua budak-budak AF ini hilang begitu saja..


Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...