CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Thursday, June 9, 2011

Akademi Fantasia 9

Salam Satu Malaysia
pada 4/6/2011, Konsert Akademi Fantasia Musim Ke-9 Minggu Ke-9 telah berlangsung..
pada malam tersebut, aku mendati peserta makin meningkat dengan nyanyian mereka..
Fina yang telah mendapat Imuniti tidak dapat bersama dengan 4 orang lagi rakannya untuk menyanyikan lagu Bonus dan lagu untuk dikomen..
sebaliknya dia hanya disuruh menyanyi untuk membuat persembahan biasa dimana dia tidak akan dikomen/dikritik..

Lagu Bonus yang dinyanyikan oleh mereka ialah lagu Kalau Cinta (Aliff Aziz & Joanna) & Never Say Never (Justin Bieber)..
Lena telah diberikan lagu tugasan iaitu lagu Badarsilla nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza.. best juga dia nyanyi lagu ini, dia buat lagu ini dalam pelbagai genre iaitu joget, dangdut dan macam-macam lagi lah..
Erul telah menyanyi lagu Nadiku nyanyian asal Sabhi Saddi.. boleh lah juga dia nyanyi lagi ini cuma macam pancit sedikit semasa verse awal..
Azri telah diberikan lagu tugasan Here Without You nyanyian asal 3 Doors Down.. sedap juga dia nyanyi then aku rasa feel dia tu sampai dekat aku.. tak tahulah macam Fauziah Dato Ahmad Daud(Ogy) kata tak sampai feel tu dekat dia..
Akhir sekali, Hazama menyanyikan lagu Angin nyanyian asal Kumpulan Dewa.. wahhhhhh, sedap kot dengar suara dia malam tu.. rasanya macam Hazama lepaskan semuanya pada malam tersebut kot..
Fina pula ada pelajar yang mendapat Imuniti membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Kekanda Adinda nyanyian asal Atilia & Monoloque.. Fina telah berduet dengan Monoloque menerusi lagu tersebut..
walaupun Fina hanya membuat persembahan, sepatutnya Fina jangan lah lupa lirik, pastu ada sesetengah tempat tu tak dengar apa yang Fina nyanyikan..
buatlah yang terbaik walaupun sekadar persembahan..

ini ada lah kedudukan persembahan terbaik dari nombor 1-4.. Fina dikecualikan kerana dia mendapat Imuniti.. nombor 1 ada lah persembahan terbaik dan diikuti persembahan seterusnya hinggalah ke nombor 4.. nombor 4 itu paham-paham sendiri lah noh.. hehe

1. Hazama

2. Lena

3. Azri

4. Erul

Fina mendapat Imuniti

Sesudah sahaja kesemua persembahan pelajar-pelajar.. penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza membuat persembahan dengan lagu Destinasi Cinta..
Selain itu juga, Dato Siti Nurhaliza juga selaku sebagai pengkritik jemputan..

Persembahan Dato Siti Nurhaliza

aku minta maaf banyak-banyak kepada peminat-peminat Erul.. Jangan salahkan aku kerana aku letakkan dia di tangga ke-4 dalam carta aku.. ini sekadar pendapat aku.. sekiranya korang semua rasa tidak puas hati, jangan lah marah pada aku..

Erul telah meninggalkan pentas Akademi Fantasia.. kecian juga pada dia kerana tidak dapat pergi FINAL..
4 orang peserta telah ke FINAL iaitu Fina, Lena, Hazama & Azri.. 2 peserta lelaki, 2 peserta perempuan.. siapakah yang akan merebut gelaran Juara AF9..
adakah Peserta Lelaki juga tahun setelah 2 tahun berturut-turut Peserta Lelaki menjuarai ataupun Peserta Perempuan akan merampas kembali takhta mereka..
dulu Mila telah memecah tradisi AF musim ke-5 dengan peserta pertama Perempuan menjuarai AF dan diikuti pula oleh Stacy pada musim ke-6..
itu semua kita tidak tahu siapa akan menang pertandingan ini kerana Jari Menjadi Juri..

oh ya satu lagi.. aku rasa geram sedikit dengan pihak produksi AF kerana bagi Erul tunggu sorang-sorang di hujung sebelum nak turun tangga tu dan hanya melihat kawan-kawan dia dapat pergi ke FINAL..
hello, adakah mereka ingin menjatuhkan maruah seseorang sehinggakan family Erul pun tak turun dari pentas..
cuba kalau mereka berada di posisi tersebut, mesti mereka juga akan merasa malu.. betul tak..
aku sokong dengan blog Abang Badrul yang mengkritik kepada pihak produksi AF..

silap dan salah saya harap dimaafi.. sekiranya ada perkataan yang saya tuliskan kesat ka atau kasar ka.. harap dimaafi..
ini sekadar teguran dan nasihat kepada kita semua..

Itu saja untuk post aku kali ini
harap anda semua terhibur dengan blog aku..

ALWAYS HAPPY & DON'T SAD..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...