CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

Monday, November 8, 2010

Trip To KL, GH, CH

Korang semua nak tahu ke apa itu KL, GH & CH.. mungkin perkataan KL tu dah cukup sinonim dengan kita semua iaitu KUALA LUMPUR.. tapi perkataan GH & CH.. baiklah, GH itu bermaksud GENTING HIGHLANDS & CH itu pula bermaksud CAMERON HIGHLANDS.. oh ya, sangat-sangat lah best sekali pergi trip tu.. walaupun ada sesuatu perkara buruk yang berlaku semasa nak pergi ke GH, ALHAMDULILLAH, tiada apa-apa yang berlaku pada kami semua.. aku mulakan dengan diari ini..

28/10/2010 (HARI KHAMIS) - DI SEKOLAH

8.30 pagi - semua pelajar tingkatan 3 berkumpul di dewan terbuka untuk aktiviti pada hari tersebut iaitu PERTANDINGAN PETANQUE.. sebelum pergi ke PADANG PETANQUE, kami semua ada satu taklimat mengenai ROMBONGAN KE KL, GH & CH.. taklimat itu disampaikan oleh GURU KETUA ROMBONGAN kami iaitu Pn.Tadzilah.. cikgu telah memberi kami jadual semasa perjalanan & peraturan.. jadual nie telah aku ubahkan kepada yang jadual semasa perjalanan.. ini lah jadual & peraturan :

Peraturan :

1. MENDENGAR DAN MENERIMA ARAHAN SEMUA GURU PENGIRING.
2. MENGHORMATI ORANG LAIN TERMASUK PEMANDU PELANCONG DAN PEMANDU BAS.
3.MENJAGA KESELAMATAN DIRI (beritahu guru jika sakit).
4. TIDAK BERTINDAK BERSENDRIAN DALAM APA JUA KEADAAN. SABAR DAN BERTENANG (sentiasa bersama rakan dan hubungi guru).
5. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN (t-shirt sekolah untuk lawatan rasmi).
6. MENEPATI MASA DAN ARAHAN GURU.
7. MENJAGA KEBERSIHAN DALAM BAS DAN TEMPAT PENGINAPAN.
8. SENTIASA MENJAGA BARANGAN PERIBADI DENGAN CERMA.
9. MEMBAWA UBATAN PERIBADI.
10. MEMBAWA BAJU SEJUK DAN STOKIN TEBAL (rumah salji).

Jadual :

29 OKT 2010 (JUMAAT)

5.30 pagi - Berkumpul di sekolah, solat di masjid
6.30 pagi - Bertolak ke Kuala Lumpur
8.15 pagi - Makan pagi di Perhentian Gurun
1.00 petang - Makan Tengahari & Solat di Tol Sungai Buluh
2.00 petang - Bertolak ke Muzium Negara
3.30 petang - Sampai di Muzium Negara
4.30 petang - Bertolak ke Jalan TAR
5.45 petang - Sampai di Jalan TAR ( ada yan pergi SOGO & ada yang pergi beli kain)
7.00 petang - Makan Malam di WARDIEBURN CAMP
8.30 malam - Bertolak ke GENTING HIGHLANDS
11.00 malam - Sampai di GENTING HIGHLANDS di HOTEL FIRST WORLD
11.15 malam - Segelintir pelajar pergi berjalan-jalan di HOTEL FIRST WORLD
1.00 pagi - Masuk bilik untuk tidur (padahal x tidur pun)

30/10/2010 (SABTU)

6.00 pagi - Bangun, mandi & solat
7.00 pagi - Sarapan pagi di bilik
7.30 pagi - Berkumpul di Hall Hotel untuk satu taklimat oleh pemandu pelancong kami iaitu KAK ROS
8.00 pagi - Pergi bermain INDOOR & OUTDOOR GAMES
11.00 pagi - Semua berkumpul di KAUNTER TIKET (untuk memudahkan pelajar & guru tahu di mana nak berkumpul) untuk pergi masuk ke SNOWLANDS
12.30 tengahari - Keluar dari SNOWLANDS dan menuju ke SURAU
2.00 petang - Pertandingan di antara pelajar2 & guru2 bermain BOWLING
3.00 petang - Keluar dari Pusat BOWLINg & ada masa lagi sejam setengah untuk pergi bermain (hanya permainan INDOOR GAMES boleh main kerana permainan OUTDOOR GAMES x leh main kerana hujan)
4.30 petang - Berkumpul di Hall Hotel kerana nak bergerak ke Cameron Highlands
5.30 petang - Bertolak ke Cameron Highlands
10.30 malam - Bas berhenti di Pasar Malam kerana beli makanan untuk makan malam (malangnya sudah tidak ada apa2 lagi, huhu)
11.30 malam - Sampai di Apartmen Maliga, Brinchang
12.00 tengah malam - 14 pelajar keluar dengan seorang guru untuk pergi makan, sebab dari tengah hari sampai malam x makan hanya makan keropok je (termasuklah dengan aku)
1.00 pagi - Balik ke apartmen, then tidur coz letih sangat2 dah..

31/10/2010 (AHAD)

6.00 pagi - Bangun untuk solat, then mandi
7.00 pagi - Kumpul di bas, sebelum 2, sempat lagi kami pose dulu.. hehe
7.30 pagi - Sampai di tempat sarapan pagi
8.00 pagi - Sampai di Cactus Valley, (ada juga Strawberry), sempat lagi bergambar
8.30 pagi - Singgah di Pasar Tani untuk membeli sayur-sayur yang segar
9.30 pagi - Sampai di Ladang Strawberry, kami kena panjat bukit untuk sampai di tempat dia..
11.00 pagi - Berkumpul untuk naik bas then balik ke PERLIS..
11.30 pagi - Bertolak
3.00 petang - Berhenti di R & R (tak ingat nama tempat tu, sory erk) untuk makan tengahari serta solat..
4.30 petang - Berkumpul & bertolak ke PERLIS
7.00 petang - Sampai di R & R GURUN, kami berhenti untuk makan malam & solat
8.30 malam - Bertolak untuk balik ke PERLIS
10.30 malam - Sampai di sekolah, hujan lebat sangat2.. semua ibu bapa datang ambil..

Sekian saja Jadual ini.. sekrang untuk gambar2 di sana..

Semasa di MUZIUM NEGARA

Wah!! aku jadi angkasawan.. hehe

Alamak!! kawan aku dengan orang asli..
tapi itu hanya patung saja..

Cuma tolong ambil gambar saja..
Ini ialah GENG BUDAK KAMPUNG (BK GROUP)
Di JALAN TAR..

Geng Ladies yang memang tidak renggang sepanjang jalan..
Di JALAN TAR..

Di sini lah kami semua tidur..

Seperti adik-beradik ke atau tidak??
Ramai yang kata, mereka ini seperti adik-beradik..
mmmmm???

Pergi berjalan-jalan selepas kami sampai..
10 minit saja duduk di dalam bilik, selepas itu kami keluar..

Aku di mana ni ye...

Aku & kawan ku (ISRAQI), waktu esok hari pergi bermain-main di GENTING

Aku & Kawan-kawan aku..

Geng Lelaki Sekolah aku..
Tapi tidak ada semua lagi, separuh ja..

Di kilang TEA BOH..

Geng Lelaki, tetapi tidak semua ada..
Semasa di Ladang Strawberry

Yeahh, aku di mana pun aku lupa.. hahaha

Lastly, aku & kawan-kawan aku bersama pemandu pelanong KAK ROS..

p/s : Kenangan ini memang tidak dilupakan.. Memang best sangat-sangat.. Tetapi, semasa perjalanan kami ke GENTING HIGHLANDS, terdapat satu kemalangan melibatkan pelajar sekolah.. Ada yang meninggal dunia.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Amin..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...